Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Garis panduan hasutan siber

berita dipetik dari malaysiakini.

Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata setakat ini, ia sedang diperhalusi.

Katanya, proses merangka draf garis panduan itu turut melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Jabatan Peguam Negara.

Hishamuddin berkata walaupun dari sudut perundangan maksud kesalahan hasutan secara jelas membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik, bagi dunia siber, ia belum lagi diperincikan.

lepas ni, kalau dah siap garis panduan tu, kena berhati-hatilah dalam menyuarakan idea dalam blog facebook atau laman sosial lain. bila semuanya melibatkan undang2, leceh betul kan? tulis macam2, ada pulak kang yang tersentaappp, tak pasal2 kena tangkap masuk jail.

kalau tiba2 terpopular pulak cincin kesihatan yang ala2 selebriti u-know-who lah kan, agaknya orang ramai boleh dapat info sama ada tiruan atau ori punya tak? 


p.s: di mana hak kebebasan bersuara itu? dalam parliment je ke? hehehe..