Wednesday, December 28, 2011

Musim

musim orang patah hati ke sekarang ni? sana menangis, sini menangis. aku pun nak nangis!!!

tika bulan tunjuk diri
dan bintang pun mula menari
hanya aku disini
menyepi diri

katakan semua aku tak gila
mencarimu yang berlari jauh bukan kerja mudah
hati cuma mampu bertahan
dalam dingin hembus angin

bukan malam yang aku kisahkan
tapi sendiri yang tak terbetahkan
bukan ini yang aku hendakkan
tapi itu yang ditakdirkan



Sunday, October 30, 2011

lokasi: tempat sejuk. ye. aku di satu tempat sejuk. sejuk bukanlah bersalji. kadang2, pagi, tempat ni berkabus. kiri, kanan, depan, belakang, semuanya berlatar belakang gunung ganang hijau. tenang. aku di sini bukan bercuti, bukan bekerja. tapi belajar. sudah berkurun aku tanam anggur kot. mungkin dah tiba masanya aku keluar dari kepompong anggur2 aku. memang target aku tahun ini aku mahu kembali menghadap buku, memerah otak dengan ujian mengkagumi guru yang bijak pandai, berperang bersama rakan baru. jadi di tempat sejuk ini, selama dua bulan (hanya tinggal 1 bulan 1 minngu saja) aku akan menghadam setiap informasi yang terhidang. doakan aku berjaya!

Sunday, August 21, 2011

pagi ahad

seperti tahun2 lepas, asal masuk minggu terakhir puasa, tahap kesihatan aku tak berapa baik. semua ni sebab aku yang selalu tak dapat tahan diri dari minum ais, waktu berbuka. biasalah, nafsu...

kehangatan raya dah makin terasa (atau aku sorang je yang rasa?). tapi shopping raya lambat lagi. tengah malam raya, baru turun JALAN TAR cari baju kurung yang dilelong2. suka sangat tahun lepas dapat 2 pasang kurung cotton harga RM50! aku bukanlah pemakai baju kurung tegar. so, beli yang murah sebab tak selalu pakai pun.

kuih biskut raya semua aku tak beli. kang kalau aku beli, ada orang komplen tak sedap. baik jangan suruh aku beli.

sebenarnya nak tulis benda lain. nmpak sangat excited nak raya tau, cekla ni! ^_^

Tuesday, August 16, 2011

aku rindu

aku rindu hendak menulis.
aku rindu pada blog.
aku rindu pada kemeriahan kawan2 blog.
aku rindu kegembiraan mendapat BE.

kawan2, korang apa khabar?