Thursday, November 18, 2010

diet mengikut jenis darah

diet ikut jenis kumpulan darah ni bukanlah baru kerana telah diperkenalkan pada tahun 1996, oleh Dr. Peter J.D’Adamo melalui bukunya 'Eat Right For Your Type'.

apa yang Dr. Peter J.D’Adamo ni kaji?
beliau telah menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi(sistem tubuh) terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. lektin merupakan sejenis protein datang dari tumbuhan seperti kekacang. bukan semua protein yang kita perolehi, boleh diserap dengan baik ke dalam tubuh badan kita ni tau! ianya bergantung kepada jenis kumpulan darah juga.

apa signifikasi diet dengan jenis kumpulan darah (j.k.d)?
kalau lektin yang diserap tu tak sesuai/serasi dengan j.k.d korang, komplikasi buruk akan berlaku terhadap kesihatan korang seperti penggumpalan sel darah merah dan lain2.

kalau lektin sesuai dengan j.k.d, bukan saja memberi kesan positif pada fungsi sistem tubuh. ia juga dapat memperbaiki metabolisma serta meningkatkan daya tahan lawan penyakit. emosi pun secara tidak langsung semakin stabil dan akan memudahkan korang mengatasi stress.


jadi, ini adalah berita gembira bagi sesiapa yang nak berdiet, kuruskan badan dan telah mencuba pelbagai cara untuk menguruskan badan tapi tak berjaya (macam aku! -_-").

seperti yang semua sudah maklum, darah terdiri dari 4 jenis kumpulan, iaitu A, B, AB dan O.

kat bawah ni ada tips dan panduan untuk korang yang ingin mencuba diet macam ni. ini aku copy paste je. ambil isi penting.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

ciri khas individu jenis darah A:
1. memiliki sistem pencernaan yang sensitif
2. perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
3. dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat  tinggi, namun rendah lemak
4. mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
5. cukup beristirehat
6. menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

cadangan pengambilan makanan:
1.sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
2.susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju semulajadi.
3.telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas),
4.lemak (dalam jumlah terbatas),
5.kekacang dan bijirin  
6.susu kacang soya.

*mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak, akan mengakibatkan masalah perut.

*sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

hindarkan makanan seperti:
1.makanan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, sotong
2.daging lembu, daging salai, susu
3.keju hasil olahan industri
4.kacang merah
5.roti, kuih-muih, kek
6.kentang, mangga, betik, jeruk, pisang
7.minyak jagung dan minyak kacang tanah
.

Menu diet yang dianjurkan
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengahari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

kan aku dah kata aku copy paste je, kalau nak tau diet yang sesuai dengan j.k.d korang klik sini. 'm' untuk copy paste edit banyak2!

apa j.k.d korang?


p.s: A



3 comments:

apezs shah said...

salam morning cekla.
wah berdiet2 info segala hehe..
cekla en ben ada wat contest lagi. tak join?

Unknown said...

alamak xtau plak~~~darah jenis apa~~~aduh :(

ANTARA ANJING DAN MANUSIA

CekLa said...

apesz. awal2 pg sudah mengejoinkan diri

nasique. pegi la check. tak mahal pun kalau setakat nak tau jenis darah.