Sunday, June 21, 2009

toleh

gelap.

teman aku.

sejuk.

peluk aku.

mati.

jenguk aku.



akankah ada yang ke-sejuta?


di dalam kasut engkau

kasut buruk kau.

haus tapak.
putus tali.
koyak.
tak kilat lagi.



kau sayang mau buang.


aku.

neuron otak berkurang mungkin.
si 'negative-thinker'.
liat.
capang.
jendul.
cengeng.
sombong.
naik lemak.



atau kau patut buang aku?


Friday, June 19, 2009

Antidote


aku sebenarnya sudah bosan mendengar perihal sang kekasih yang sering saja memeningkan kepala. main kayu tiga, panas baran, abusive, tortured (mentally and physically).

kawan,
sudah2lah tu.

satu dua kali (atau lebih dari itu) mungkin aku kasihan simpati, mengalir airmata, teresak2 bersama.

yang ke-entah-berapa-ratus-ribu-juta kali ni, aku mau muntah!

mungkin kamu perlu cium pipi kamu sendiri sebelum kamu usap belai wajah kekasih. fahami hendakmu sebelum kamu jadi hamba abadi dia.

aku tidak mahu kamu menjauh. aku cuma tak larat dah meng'absorb' setiap mililiter 'darah' kamu. katalah aku kawan yang teruk, katalah apa saja.

aku sudah beri banyak antidote. racun saja kamu telan. apa lagi yang harus aku lakukan? bunuh jantan keparat itu? atau mandrem kamu?

kawan, aku tidak ingin lari dari kamu. tapi jika aku hanya menyusahkan kamu, biar aku hilangkan jejak dari kamu.

apa mungkin aku akan buat macam batu, bila kamu jatuh lubang yang sama? kali ini Tok Rimau ternganga luas menunggu habuan.

oklah. mungkin tak se-tragik itu kan? text saja aku kalau kamu rasa perlu.


Tuesday, June 16, 2009

picnic

ok2. ade lagi cerita sebanarnya.

last week aku pergi bercuti. dekat laut. tepi pantai. aku takut ombak.

ombak kat situ memang agak ganas (bagi aku lah). dan aku agak teruja bila anak2 buah mandi laut. aku pun ikut terjun sekali. tapi bila aku nampak ombak yang agak tinggi (bagi aku), aku mencicit lari ke gigi pantai. hehehe! last2 aku mandi kat tepi2 je.

pagi hari pertama aku sampai, aku ikut kawan baik pegi fishing. dapat ikan kecik panjang jari telunjuk. 1 lagi ikan pari besar tapak tangan. memancing tepi pantai. dapat stok yang kecik2 je lah kan?

3-4 hari juga lah aku ikut pegi fishing walaupun bukan aku yang baling joran pasang umpan. tugas aku, menyanyi. hehehe! bila aku start nanyi je, awan mula lindung matahari. jadi reduplah sikit. redup2 pun, habis hitam legam kulit aku. aku tak kesah... hitam itu seksi! auuwww!


sekarang aku mula rindu anak buah yang comel montel gebu tu. menangis dia nak ikut balik KL sebab sepanjang aku dekat sana, dia asyik berkepit dengan auntie dia yang layankan aje kerenah dia.

upload gambar nanti2. heheheh..