Thursday, December 30, 2010

sekarang saya bangga jadi rakyat malaysia kerana kemenangan Malaysia di AFF suzuki cup semalam.

rakyat malaysia sekarang tengah demam. demam piala aff suzuki. tahniah kepada pasukan malaysia, juara piala suzuki aff.

bila malaysia dah julang piala, yang tak minat bola sepak, mulalah nak minat. yang jadi pengkritik bebas pasukan malaysia sebelum ni, mula mengomen yang positif. yang dulunya langsung tak pandang pasukan tempatan, baru kini menyanjung pahlawan2 ini.

sebaik log in ke blog, lihat pada dashboard, dah terpampang bukan 1, bukan 2 tapi lebih dari 5 blogger yang mereview mengenai kemenangan malaysia. dah agak dah. tak apa. tak salah pun.

rancangan sembang pagi di televisyen pun, sibuk orang memperkatakan tentang si harimau malaya. ada satu komen dari penonton perlawanan malaysia-indonesia malam tadi di sekitar ibukota, yang buatkan aku geli hati.

"sekarang saya bangga jadi rakyat malaysia (dengan kemenangan pasukan malaysia)."

nak tergelak. apa selama ni kau tak bangga jadi rakyat malaysia? hanya kerana kemenangan pertama ini dan corak permainan pemain malaysia yang semakin bagus, kau dah rasa cukup berbangga?

kalau selepas ni DITAKDIRKAN kemenangan tu tidak berpihak pada malaysia, adakah kau bangga juga menjadi salah seorang warga negara malaysia? adakah semangat kesukanan ini akan kau teruskan?

kau jamin yang kau takkan tinggalkan pasukan kau dan sorak hingga ke akhirnya walau mereka sudah kalah teruk selepas ini?

aku bukan mahu condemn saja, tapi ini realitinya manusia. fikir2kan.

siapa pemain favourite aku semalam? khairul fahmi? safee sali? norshahrul idlan talaha? amri yahyah?

tettttt! salah.

+
+
+

aidil zafuan. hahahahahhha!


5 comments:

apezs shah said...

betul tu u.. ramai dah yg sokong dalam perbalahan pula tu. haish pelik, saya mengaku mmg xsuka bola. tapi saya sokong team bola. dari dulu sampai sekrg. cuma nak main bola mmg xsuka hehe..;)

suria lekatlekit said...

apa yg nampak pasni abis la abang2 bola jd buruan artis.. Auww.. Yg awek2 abg bola ikat siap2 abg bola korang yer. Takut kena jelingan artis terus terpengsan atas riba.

NasQ said...

:)

ni tengok bola ke tengok orang ni?

:p

Kelab Kembar Malaysia said...

Bola itu bulat.. :) macam macam boleh jadi :)

CekLa said...

apezs. tengok sebagai penyokong lah kan?

abby. tgu dan lihat je gosip nanti.

nasriq. tengok bola tak minat. tengok orang mnat lah!

huszaini. ye. sy sedar tu.