bila malaysia dah julang piala, yang tak minat bola sepak, mulalah nak minat. yang jadi pengkritik bebas pasukan malaysia sebelum ni, mula mengomen yang positif. yang dulunya langsung tak pandang pasukan tempatan, baru kini menyanjung pahlawan2 ini.
sebaik log in ke blog, lihat pada dashboard, dah terpampang bukan 1, bukan 2 tapi lebih dari 5 blogger yang mereview mengenai kemenangan malaysia. dah agak dah. tak apa. tak salah pun.
rancangan sembang pagi di televisyen pun, sibuk orang memperkatakan tentang si harimau malaya. ada satu komen dari penonton perlawanan malaysia-indonesia malam tadi di sekitar ibukota, yang buatkan aku geli hati.
"sekarang saya bangga jadi rakyat malaysia (dengan kemenangan pasukan malaysia)."
nak tergelak. apa selama ni kau tak bangga jadi rakyat malaysia? hanya kerana kemenangan pertama ini dan corak permainan pemain malaysia yang semakin bagus, kau dah rasa cukup berbangga?
kalau selepas ni DITAKDIRKAN kemenangan tu tidak berpihak pada malaysia, adakah kau bangga juga menjadi salah seorang warga negara malaysia? adakah semangat kesukanan ini akan kau teruskan?
kau jamin yang kau takkan tinggalkan pasukan kau dan sorak hingga ke akhirnya walau mereka sudah kalah teruk selepas ini?
aku bukan mahu condemn saja, tapi ini realitinya manusia. fikir2kan.
siapa pemain favourite aku semalam? khairul fahmi? safee sali? norshahrul idlan talaha? amri yahyah?
tettttt! salah.
+
+
+
aidil zafuan. hahahahahhha!