dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.
sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan.
aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?
aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.
1 comment:
bunga ape??nk beli gaks ni hahaha
Post a Comment