Thursday, May 3, 2012

restu

bilamana kita mendapat restu dari kedua ibu bapa kita, segalanya akan jadi mudah.

aku dah faham. aku dah tahu. mungkin lambat untuk aku sedar. tapi aku bersyukur sekurang2nya mata aku sudah dibuka supaya aku mengerti yang tak kiralah perkara besar atau kecil dalam kehidupan ni, restu ibu ayah sangat2lah penting.

aku dapat bayangkan, mak abah tersenyum dan berlapang dada melihat apa yang aku dapat sekarang. biarlah pencapaian ini belum cukup bagi semua orang. tapi aku tahu, mak abah gembira.

mak abah.
terima kasih atas setiap doa yang kalian titipkan buat anakmu.

Thursday, March 15, 2012

SP

walaupun aku tak tunjukkan apa2 tanda kesunyian, yang sebenar2nya aku sepi.
walaupun ada kawan yang memahami, kadang2 perasaan takut itu datang juga.

aku kemari bukan dengan perancangan rapi. disini tak ada apa2. yang ada semuanya asing bagi aku.

strangers.
*don't talk to stranger* pesanan tu tak boleh digunakan dalam situasi aku. aku perlu bercakap dengan strangers supaya aku tak jadi alien dan sentiasa berada di jalan yang betul.

ada masa2nya aku tak percaya sama ada boleh atau tak aku terjah semua tanpa orang yang aku telah biasa. dan ada ketikanya mengalir juga air mata.

lepas tu, mula lah nak marah diri sendiri sebab lembik sangat.


cerita selalu tak habis.
 

Wednesday, February 8, 2012

update

di dalam kasut lala perlu dikemaskini. dibuang apa tak perlu. ditambah apa yang kurang. aku mahu aktif berblogging kembali. aku mahu duit nuffnang. $$$$. hahahahaah! *jangan mimpi cekLa*


beku

agak lama blog kesayangan ditinggal beku. bukan tiada masa tapi kering idea. terima kasih Cek Lya kerana ingatkan saya untuk menulis sesuatu. yang sebenar2nya tak ada apa yang mahu dibebelkan disini.


dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.

sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan. (dua singgit) ok, mungkin tak seteruk tu. hati tak nak faham. bila kemahuan dan logik akal tak selari dengan kata hati, ranap lah segala.

aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?

aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.