Monday, March 11, 2013

Oh My Abah

terkesima aku. perbualan aku dengan abah semalam betul2 buatkan aku terdiam.

aku buat2 kool, pandang ke luar tingkap kereta dan seperti acuh tak acuh. dalam hati ni tuhan saja yang tau.

betapa aku mahu putaran tayar kereta laju meluncur supaya cepat sampai ke destinasi. betapa aku hendakkan kereta2 dihadapan bergerak lebih laju lagi. betapa aku mahukan hujan lebat yang menyebabkan kesesakan kenderaan di lebuhraya yang satu ini berhenti.

dalam banyak2 masa, kenapa masa itu yang abah pilih untuk berbicara dengan aku.

arrrghhhh! sesak dengan keadaan jalan. sesak dengan apa yang abah cakapkan, walau aku tahu abah tidak berniat untuk buat aku berasa begitu.

'dengar tak long?' abah siku tangan aku. mungkin abah fikir aku mengelamun.

'hmmm.'aku sebenarnya tak tau apa yang dikeluarkan dari mulut ni.

'awak tu umur dah lanjut. kalau ada pasangan cepat2 bawa jumpa abah.'

oh my abah!

Tuesday, February 26, 2013

Cuba

Cubaan

Wednesday, February 20, 2013

jaminan

nora danish bertanyakan pada adi putra;

"apa jaminan awak, kalau saya kahwin dengan awak, setia pada awak, patuh dan hormatkan awak?"

adi putra terkebil2 sambil menjawab, "saya akan mencintai awak sepenuh hati jiwa raga saya. takkan ada yang saya cintai selain awak."

nora danish cuma senyum. dia cuba bertanya lagi.

"apa jaminan awak untuk semua itu?"

"saya akan beri apa yang awak mahu"

dan untuk kali terakhirnya, nora danish bertanya soalan yang sama. kali ini, lama benar adi putra berfikir. yang sebetulnya dia kehilangan idea untuk menjawab soalan yang sama.

"saya cuma harapkan awak jawab Allah dan syurga."



TTTTT__TTTTT

Wednesday, February 6, 2013

tak pernah cukup

manusia kadang2 tak pernah cukup.

mereka lupa mungkin



yang tuhan itu cuma satu.