Thursday, November 25, 2010

kids & baby photo contest




dua orang blogger iaitu lekatlekitgurl dan hatikuhatigetah telah menge-tag cekla masuk contest ni. terima kasih.

puas aku fikir nak cari gambar kat mana. belek2 folder lama, terjumpa lah gambar si comel ni. ye. memang aku panggil dia "comel" pun.



nama dia ahmad shahir irfan. umur 6 tahun. sebagai seorang budak lelaki, dia amat2lah nakal, hyperactive dan suka keluar rumah. dia cakap dia takde awek lagi tapi ramai budak perempuan sukaaaaa dekat dia.

he's one of my favourite nephew. walaupun dia nakal, main bola dalam rumah sampai pecah cermin almari, berangan nak jadi mat rempit junior, gangster dikalangan geng cilik taman perumahan, tapi hati nurani sangat lah lembut. 

buktinya, tengoklah dia boleh nak letak bunga kat telinga semata2 nak jaga hati sambil tarik perhatian sepupu perempuan dia yang baik hati gila dengan dia. kelakar aku tengok!

kalau orang makan, ingat kat dia atau bagi dia sikit gula2, dia akan ingat dan bagi makanan yang dia tengah makan walaupun makanan tu sikit ciput untuk dikongsi dua.

bila hari raya, orang lain dok menangis2 bermaaf-maafan, dia pun ikut nangis sama. nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman. hikhikhik!

makanan kegemaran dia ialah bontot(tongkeng) ayam. sebab tulah mulut dia tak reti diam walau sesaat pun. aku pernah suruh dia diam selama 30 minit. ya ALLAH, punyalah susah mulut dia untuk berhenti bercakap. dia memang tak bercakap. tapi dia menyanyi2 lagu favourite dia"yunk-wali band". memang banyak taman!
-------------------------------------------------------------------------------------------
sesiapa nak join contest ni, syaratnya tak susah mana pun. kacang goreng je! hadiah pun menarik. sangat2 menarik.

lazo diamond white gold earring

atau dalam bahasa malaysianya,

anting-anting emas putih dari lazo diamond.


1. mesti menjadi follower blog kedua penganjur --> http://sweetlikekisses.blogspot.com. Selepas ini pemenang akan di umum di blog barunya.

2. mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang. dan bila telah tag, mesti inform pada kawan yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar blog.

4. mesti sertakan satu gambar. tidak kisah gambar zaman baby, zaman budak budak, gambar adik anda,gambar anak, gambar anak saudara.

5. hantar link entry didalam kotak komen entry contest ini.

6. mesti mulakan title entry dengan nama contest
"kids & baby photo contest".

7. wajib diberitahu di dalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

cepat! sebab tarikh tutup pada 30 november 2010 ni. dah nak dekat dah tu.


tetapi terpulang pada pihak penganjur jika hendak menamatkan tarikh lebih awal.

so be alert ye!


aku tag ni. hamekkk korang!!!



2 comments:

Nazifa M.Zali said...

okie dear..
thanks ade mase bulan wat k..
thanks darl!

myranaqi said...

thnks sudi tag myra..
nnti myra jwb tag ni yer :)