Wednesday, December 29, 2010

kepercayaan dan kejujuran dalam percintaan (jiwangnya tajuk!)

telefon bimbit di tangan ani berbunyi. mata mengerling sebentar pada jejaka yang duduk menongkat dagu dihadapannya.

"tak bagi tahu pun awak mesej dengan niza," mulut ani mula muncung bila mendapat tahu si pengirim sistem pesanan ringkas ke nombor telefon tunangnya, shahir.

shahir hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. lama shahir lihat ani membelek telefon bimbitnya itu. senyum shahir mula pudar dari bibir. ani semakin mencebik. geram. cemburu mungkin. fikir shahir. dia perlu mendapatkan telefon itu kembali agar ani tidak menyerang balas niza dek kerana cemburu.

dia dan niza cuma kawan biasa. tiada cinta. tiada apa. niza perlu kata semangat dari seorang kawan kerana dia ditinggalkan kekasih hatinya. shahir rasakan dia perlu menceriakan kembali niza. cuma, dia takutkan ani meradang tidak tentu pasal.

"bak sini," shahir berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit itu.
"kanapa awak rampas macam tu? awak takut ke?nak sorok apa lagi dengan saya?" marah ani. wajah putih gebunya merah padam.
"bukan nak sorok. saya takut awak hantar mesej yang bukan2 pada niza," jelas shahir.
"kalau saya cemburu sangat pun, saya tak pernah dan tak akan pernah buat macam tu?"
"oh, bukan awak.sss..." sepertinya tidak terkeluar nama itu dari mulut shahir. kotak fikirannya cuba mengimbas kembali  sesuatu. shahir tahu. bukan ani, tetapi sarah!

dan ani terus dengan rajuknya.

bagi ani, apa yang dilakukan shahir itu telah mengguris hatinya. ani tidak marah pada niza. cemburu? lagilah tidak. ani cuma ingin meluangkan masa kualiti mereka bersama dengan tidak ada gangguan.

ya. ani berasa terganggu apabila setiap kali telefon bimbit shahir berbunyi, shahir terus menekan2 papan kekuncinya. ketika ani sedang bercerita masalah, tumpuan shahir hanya pada telefon yang satu itu. perkara yang membuatkan ani berkecil hati ialah apabila shahir menuduhnya.

ani menganggap itu satu tuduhan kerana nampak bersungguh benar shahir ingin mengelakkan daripada ani membaca mesej tersebut. perubahan pada wajah shahir juga menunjukkan seperti ada yang tidak kena. shahir seperti sedang menyembunyikan sesuatu pada ani.

tambahan pula, selepas shahir sedar dia tersalah cakap, dia tidak sedikit pun meminta maaf. sebaliknya, shahir lebih senang membalas setiap mesej daripada niza. ani berasa aneh dengan sikap shahir.

ini mungkin isu kecil bagi sesetengah orang. tetapi bagi ani, kunci dalam setiap perhubungan itu ialah kepercayaan dan kejujuran. bukan bermakna shahir perlu menceritakan kesemuanya kerana ani pun tidak suka menjaga tepi kain orang lain. kelakuan shahir itulah mendatang curiga di hati ani.

*1 MESEJ DITERIMA*

SHAHIR: i'm sorry.

ani sudah mula tersenyum.

p.s: nama dan watak tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah mati.
p.s.s: adakah manusia senang melafazkan maaf dan senang memaafkan?

4 comments:

suria lekatlekit said...

dalam cerita cekla ni camtu la.. ani sungguh senang memaafkan begitu juga shahir yg senang minta maaf. dalam kes ni shahir tak kena tmpt nak prihatin sehingga mengabaikan apa yg patut di beri keutamaan..

Reen azreen said...

nice story...hehehehe...btol ke bkn pengalaman peribadi ni?

cik ciput said...

mudah memaafkan, tapi tetap berbekas di hati..

CekLa said...

abby. maaf tu yg paling penting kot bagi si ani tu. sememangnya shahir tak tau yang mana untuk diberi keutamaan.

reen. mungkin ada lagi pasangan yang alami perkara yang sama.

cik ciput. ha ah kan. perempuan ni suka kumpul parut kat hati.