assalamualaikum,
hari ni hari terakhir 2012. biasanya, ritual di hari terakhir setiap tahun adalah bersama kawan2. kejar dimana tempat yang ada bunga api. atau sekadar lepak, borak kat kedai makan sampai mengantuk.
tahun ini, saat ini, aku masih dirumah bersama family. memang aku nak keluar malam ni. cadangnya aku nak lepak dengan kawan yang dah lama tak jumpa.
tulah. aku rasa tak ingin kemana2. sebab aku jarang dapat bersama family seperti hari ini. tak kisah lah kalau abah dah tidur, mak masih sibuk mengemas dapur, adik2 yang lain tengok tv atau berFB. asalkan aku tahu mereka ada.
cukuplah.
p.s: selamat tahun baru 2013
Monday, December 31, 2012
Friday, November 2, 2012
apa salahnya jika aku menangis?
sejak aku jauh (betul2 jauh) dari orang2 yang aku telah terbiasa, hati aku mudah tersentuh dengan keperitan dan kepayahan yang aku hadapi. laju saja air mata ini jatuh. macam ada butang automatik, yang bila hati terasa, mata pun jadi air terjun mencurah2.
contohnya,
kalau aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah dari tempat kerja. memanglah perjalanan hanya ambil masa 10-15 minit, tapi sambil2 jalan aku menangis. aku terkenangkan mak yang selalu berjalan kaki ke tempat kerja dulu. abah yang terpaksa mengharung sesak trafik dan meredah hujan semata2 kerana kerja. kuat sungguh semangat mereka mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik.
jadi, kenapa aku tak boleh jadi seperti mereka?
kalau aku berkehendakkan sesuatu tapi tak penting, dan tak punya cukup wang untuk membelinya, aku sebak. bukan sebak sebab tak ada duit. tapi marahkan nafsu yang terlalu menggunung. abah bertahun-tahun dengan kereta keluaran awal 90-an hingga aku belajar di Melaka kereta itulah yang digunakan untuk menghantar aku. walau dah berkali ada suara2 yang suruh abah menjual kereta tersebut, tapi abah tetap berdegil. selagi boleh guna, selagi itu dia guna.
abah mungkin sedar kegunaan wang adalah untuk perkara/benda yang lebih penting. nafsu abah tidak pada kereta yang terhangat dipasaran. nafsu abah hanya sekadar cukup.
jadi, kenapa aku tak boleh jadi seperti abah?
aku tak mahu merungut dari sekecil2 perkara hingga kesebesar2nya. aku rasa kalau aku merungut maknanya aku tak ikhlas mengharungi semua dugaan tu.
memang kadang2 aku tertekan dengan kerja dan keadaan sekeliling. tapi dengan merungut dan mengenang nasib tak akan mengubah apa2. tak kan menyelesaikan apa2.
aku menangis hanya untuk tenangkan diri. kerana aku tahu walau payah mana pun, walau perit mana pun, tuhan dah susun elok perjalanan hidup aku satu persatu.

ini semua gara-gara engkau
Tuesday, June 5, 2012
random kadang-kadang
kadang2 rasa nak buat come back. tulis blog, kejar traffic, tak henti2 blogwalking. semua tu perlu commitment. mungkin aku perlu tukar strategi.
kadang2 aku rasa kerdil berdiri disamping orang2 bijak pandai dan berkeyakinan diri tinggi. makin lama aku berada dalam kelompok itu, ibarat seperti habuk je aku ni. dari mana mereka dapat otak yang sangat bagus dan dimana mereka beli jumpa keyakinan diri tu? hendak kutip dan tampal keyakinan pun tak boleh sebab tak tahu dimana ia berada.
kadang2 aku tertanya2, kenapa aku perlu berjauhan dengan keluarga dan seorang diri tempat orang? kadang2 aku nak menjerit 'AKU NAK BALIK'.
kadang2 aku benci bila setiap kali otak aku menghasilkan sesuatu untuk ditulis tapi keadaan tidak mengizinkan aku berbuat begitu. dan di waktu aku mahu menulis, semuanya hilang. ghaib.
kadang2 aku tak boleh tahan menadah telinga mendengar rungutan yang sama, cerita yang sama, kesimpulan yang sama. hendak mengadu boleh. tapi ada caranya. aku bukan psychiatrist.
p.s: penat zahir dan batin.

Thursday, May 3, 2012
restu
bilamana kita mendapat restu dari kedua ibu bapa kita, segalanya akan jadi mudah.
aku dah faham. aku dah tahu. mungkin lambat untuk aku sedar. tapi aku bersyukur sekurang2nya mata aku sudah dibuka supaya aku mengerti yang tak kiralah perkara besar atau kecil dalam kehidupan ni, restu ibu ayah sangat2lah penting.
aku dapat bayangkan, mak abah tersenyum dan berlapang dada melihat apa yang aku dapat sekarang. biarlah pencapaian ini belum cukup bagi semua orang. tapi aku tahu, mak abah gembira.
mak abah.
terima kasih atas setiap doa yang kalian titipkan buat anakmu.

Thursday, March 15, 2012
SP
walaupun aku tak tunjukkan apa2 tanda kesunyian, yang sebenar2nya aku sepi.
walaupun ada kawan yang memahami, kadang2 perasaan takut itu datang juga.
aku kemari bukan dengan perancangan rapi. disini tak ada apa2. yang ada semuanya asing bagi aku.
strangers.
*don't talk to stranger* pesanan tu tak boleh digunakan dalam situasi aku. aku perlu bercakap dengan strangers supaya aku tak jadi alien dan sentiasa berada di jalan yang betul.
ada masa2nya aku tak percaya sama ada boleh atau tak aku terjah semua tanpa orang yang aku telah biasa. dan ada ketikanya mengalir juga air mata.
lepas tu, mula lah nak marah diri sendiri sebab lembik sangat.
cerita selalu tak habis.

Wednesday, February 8, 2012
update
beku
agak lama blog kesayangan ditinggal beku. bukan tiada masa tapi kering idea. terima kasih Cek Lya kerana ingatkan saya untuk menulis sesuatu. yang sebenar2nya tak ada apa yang mahu dibebelkan disini.
dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.
sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan.(dua singgit) ok, mungkin tak seteruk tu. hati tak nak faham. bila kemahuan dan logik akal tak selari dengan kata hati, ranap lah segala.
aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?
aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.
dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.
sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan.
aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?
aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.
Thursday, January 5, 2012
jiwa
apa yang mahu dipegangkan pada satu jiwa yang kosong?
rasa2 yang hadir terselerakkan.
dan ia lalu bagai angin kemudian menghilang.
seperti semuanya tak mahu pada jiwa itu.
jangan mati duhai jiwa,
teruslah hidup.
demi pengharapan yang infiniti.
juga demi setiap cinta dan cita2 yang masih lagi berbaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)