Wednesday, May 27, 2009

surat untuk si kacak!

kehadapan kacak.

badan kau dah makin gemuk!
salahkan aku sumbatkan biskut hari2 dalam mulut kau eh?
apa dukung2!?
nak angkat kau pun aku mengah!

hishhh!!
makin hari kau jalan makin lembap!
kenapa wahai kacak?
kenapa kau tak speed satu empat macam dulu?
mana ada speed trap lah! polis tahan mat rempit buat whilly je!
tak dapat aku bayangkan kau buat whilly, kacak.
mesti macam space ship dalam movie star trek!

muahahahahha!

kau pun asyik demam je sejak dua menjak ni.
aku takde duitlah mahu hantar kau pergi klinik.
klinik haiwan mana terima kau.
bila kau demam kau pengsan.
jadi satu kerja pulak nak geletek2 kau bangun!
bila kau dah bangun, kau buat muka blur pulak.

kacak2..
tolonglah jadi budak baik.
jangan asyik buli aku je. okeh??

yang benar,
cekla.


*kacak ialah desktop pc yang aku lenjan hari2.


bila cekla jadi cikgu

dari aku kecil lagi, menjadi seorang guru tidak ada dalam senarai cita2 aku bila dah besar. aku tak suka mengajar. dan memang aku takde bakat untuk mengajar macam mak dan arwah tokwan. sekarang ni, bila dah habis belajar, mak sibuk suruh aku apply jadi guru sandaran atau tutor atau apa saja yang perlukan aku mengajar orang.

haiisshhh... taknak lah mak!




masa adik lelaki aku form 3, aku disuruh abah, ajar adik aku matematik. baru 5 minit ajar, adik aku mengadu dia tak faham apa yang aku ajarkan.

masalah aku, aku tak reti nak keluarkan apa yang aku tahu pada orang lain. nak cakap macam ni, takut orang tak faham. nak cakap macam tu, aku pulak yang confuse nanti.

last2 aku cakap dekat adik aku,

"nanti kau tanya balik cikgu tuisyen kau eh?"

walaupun aku tahu, adik aku sangat2 berat mulut untuk bertanya.

satu hari, aku mengajar anak saudara aku yang baru berusia 8 tahun buat homeworknya. aku boleh setuju nak ajar dia sebab setakat mengeja perkataan senang2 tu boleh lah.

"auntie, hari ni hari apa?"

"hari rabu. cuba aiman eja rabu."

"r-a ra......"

aku pandang muka dia, saja nak kasi dia gelabah sikit.

"r-a ra, ba wau bu. rabu!!!"

aiyarkkk!!! aku nak tergelak sebenarnya. tapi tak baik gelakkan budak yang baru nak belajar.

tapi,

tu bukan aku yang ajar ye.





Saturday, May 23, 2009

kan aku dah cakap!




member: cekla, cuba kau bau nasi ni. aku rasa macam basi.

cekla: laaa, dah basi tu buang je lah.

member: cuba lah rasa dulu. (terpinga2 sambil sua2 periuk nasi kat cekla)

cekla: dah kau kata basi tu, basi lah. takkan kau nak suruh aku rasa nasi basi kot?

member: bau je cukup.

(cekla pun bau nasi tu-nak sedapkan hati member)

cekla: ha'ah. basi lah.

member: tu lah. kan aku dah cakap.

hermmmm..~



Wednesday, May 20, 2009

Yeay2!

1. yeay2! dapat tengok 3 venus! tak sabarnya!!!

2. petang nanti pergi KLIA, mau hantar Kak Yang and Abang Kimi. Diorang nak balik Kanada dah.
nak pesan dekat Kak Yang, kalau balik sini nanti, jangan lupa bawa balik snow! boleh??

3. ulser dalam mulut aku ni tak hilang2 lagi. kalau nak makan tak boleh buka mulut over2 sangat. nyah kau dari mulut aku wahai ulser!!!

4. kelaparan tahap kronik. tapi tak tahu nak masak apa.


Tuesday, May 19, 2009

cinta bunga popi

sebelum tidur, nak post puisi ni.

as seen on myspace.


cinta bunga popi

kekasih,
aku di tempat ini semula.
di sini kasih,
kita coretkan kata cinta.

pada angin,
pada awan,
pada sinar matahari itu.
pada dahan rendang yang teduh.
pada kupu-kupu,
pada haruman bunga popi.

kekasih,
aku masih lihat kau berlari,
riang semata.
kakimu terinjak-injak,
seperti bunga popi itu melambungmu.
tubuhmu menari2 bersama bayu.
dan,
aku bahagia melihat tingkahmu.

kekasih,
aku akan selamanya di sini dalam lelapmu.
dan tempat ini,
mengabadikan,
seratus tahun cintaku padamu.



Sweet dreams!


Monday, May 11, 2009

penjunjung namaku

first time dengar lagu ni memang sebak gila!

aku dedikasi kan lagu ni untuk mak abah aku.

walaupun aku tahu mak abah tak mungkin berjalan2 melihat blog aku.

Penjunjung namaku-KRU




Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya


aku tak reti nak ucap "i love u"-tolong ajarkan

malam tadi baru call mak. sempat cakap itu ini dengan mak, walaupun aku sedikit rimas dengan bebelan mak. aku wish mak selamat hari ibu. last2, bila nak hangup phone baru aku cakap, i love u mak. mak diam je. ye lah, aku ni bukan spesis anak yang selalu meluahkan perasaan sayang pada mak. sebab aku tak biasa ucap i love u mak sejak dari kecil. mak pun tak pernah cakap i love u kat aku jugak. tapi, kalau balik jumpa mak, aku selalu cium tangan, pipi, dan dahi mak. aku rasa mak tahu aku sayang dia. dan aku tahu mak sayang aku. mak selalu cuba untuk faham kehendak aku yang nakal, degil dan keras kepala.

masa sekolah dulu, mak bagi RM50 untuk belanja sebulan. bila duit tu habis dalam masa seminggu, mak tak marah walaupun mak tahu aku ni agak boros bila berbelanja. alaaa... aku bukan beli benda mengarut atau guna duit tu tak tentu hala. aku beli novel, and magazine (aku jadi pengumpul GALAXIE dan LIME dulu). sebab tu mak tak marah. mak tahu kebaikan benda2 tu walaupun abah marah aku. pada abah, benda tu sekadar hiburan semata2 dan tak berfaedah langsung serta membazir. mak sokong minat aku kumpul semua tu sebab kata mak, bila baca magazine, secara tak langsung, aku boleh belajar English. kalau ada kesempatan, mak pun belek sama.

abah tak suka aku dengar English radio station sebab abah sering anggap apa pun jenis lagu dan hiburan, adalah sesuatu yang melalaikan. jadi dia tak berkenan dengan minat aku. tapi mak tetap sokong aku sebab aku ada effort nak belajar English melalui banyak cara. mak memang sangat mementingkan English. bila aku tanya mak kenapa penting sangat, dengan selamba mak jawab,

"sebab mak nak hantar hang pergi oversea nanti."

masa UPSR, aku dapat 4A 1C(bukan nak berlagak,menunjuk atau riak okeh?). aku pergi ambil result dengan mak. mak happy je tengok result aku. tapi aku nampak mata mak berair masa mak peluk aku.

mak siap pesan banyak kali, "balik rumah ni, jangan lupa terus buat sujud syukur."

mak sebenarnya tak expect yang aku boleh dapat result macam tu, sebab aku ni kira weak student juga lah (mana taknya, masa darjah 6, kelas aku kelas yang terbodoh sekali!).

mak pernah cakap, "kalau dapat yang tak elok pun, takpelah. atleast hang dah buat apa yang patut (maksud mak, belajar gila2, berdoa dan tawakal)."

cuma abah je rasanya meletakkan harapan yang aku boleh dapat straight A's. sampai je rumah, abah tanya aku dapat berapa. riak muka abah kecewa lepas aku bagitahu result aku.

dan lepas tu, abah cakap dengan muka masam, garang dan bengis tapi selamba toya je sambil tengok tv, "takkan tu je?"

aduhhh!!!pertanyaan abah buat aku terdiam. aku rasa macam aku dah kecewakan abah. dan aku rasa macam abah tak gembira langsung dengan result aku. aku terus masuk bilik untuk bersujud syukur tanpa bercakap sepatah dengan abah. dalam keadaan bersyukur, aku kecewa dengan sikap abah yang macam endah-tak-endah je. takkan takde tahniah? takkan takde alhamdulillah? takkan tak peluk cium aku? sedih campur gembira. tapi yang banyaknya sedih. hampir seminggu jugak-lah aku tak bertegur sapa dengan abah. dan abah pun takde inisiatif nak cakap dengan aku. dan dalam masa seminggu tu aku menangis bila teringat reaksi abah tu.

last2, mak pujuk aku. tapi gaya mak macam tak pujuk je.

"tak rugi-lah mak hantar hang pergi tuisyen. lepas ni, boleh lah ajar Angah English pulak." sebab masa tu, English aku menyerlah sikit berbanding adik beradik yang lain.

"esok abah nak buat kenduri doa selamat sebab hang lulus pekse."

mak senyum. aku faham apa yang mak cuba sampaikan kat aku.

bila dah besar sikit, aku selalu memberontak kalau abah melarang aku itu ini. contohnya, bila aku nak hangout dengan kawan2. dekat KLCC. abah memang tak bagi. tapi mak siap tanya, aku ada duit tak nak belanja pergi sana. maknanya, aku boleh pergi! hehehe!

aku memang nakal. kalau abah tak bagi, aku akan tanya mak. dan memang selalunya aku tak tanya abah. sebab confirm abah takkan bagi! jadi, kalau aku nak keluar, nak beli apa-apa, aku akan tanya mak. kira macam mak manja kan aku jugaklah kan.

pernah dulu aku berselisih faham dengan adik beradik aku sampai aku tak balik rumah. aku tak cerita pun apa masalah aku pada mak atau abah. mak dengan gaya pujuk-tak-pujuk dia lah suruh aku balik. tapi aku tertekan sangat. adik2 aku sms, mengutuk aku macam2. tapi aku tak boleh lupa one part dari mesej diorang yang panjang berjela.

"bila aku cakap kau ni anak derhaka depan mak abah, peliknya, diorang boleh backing kau lagi dan marah aku balik!"

ye. persis ratu airmata, aku terus menangis sebak. dan insaf dengan perangai yang terlalu ikutkan hati bila berdepan dengan masalah adik beradik.

yang masalahnya aku dengan adik beradik aku. bukan sebab mak abah aku... teruk sungguh aku rasa masa tu. rasa tak guna pun ada. aku terus telefon mak. mak tanya itu ini. tapi soalan favourite mak,

"hang ade duit belanja ke tak?''

takut betul mak kalau kami adik beradik tak ada duit kalau kitorang takde depan mata mak. mungkin mak taknak anak2 dia kelaparan. mungkin mak taknak anak2 dia menapak jalan kaki jauh2 macam mak yang dulu pergi kerja jalan kaki selama sejam untuk sampai ke tempat kerja.

mak,
terima kasih.
terima kasih sebab mak selalu faham anak mak yang perangainya macam setan ni.
terima kasih sebab jaga makan, minum, pakai anak mak yang pemalas ni.
terima kasih sebab mengandungkan, melahirkan dan membesarkan anak mak yang tak tahu nak cakap yang dia sayang mak.
terima kasih sebab selalu backing anak dara mak yang nakal mengalahkan anak jantan.
terima kasih sebab bagi duit kat anak yang boros belanja sampai tak ingat apa yang dia belanjakan.
terima kasih sebab bagi kepercayaan pada anak mak untuk buat apa saja yang dia suka.
terima kasih atas jutaan doa yang mak pohon untuk anak mak setiap kali mak solat.
rasanya terima kasih tak cukup untuk seseorang yang berhati mulia macam mak.
macam mana anak mak ni nak balas jasa yang mak tabur seumur hidup dia??
selamat hari ibu, mak.
La sayang mak...

tp aku tak reti ucap sayang pada mak!