Wednesday, September 8, 2010

dedikasi

kadang2 aku buat salah.
hanya kadang2 je aku menyedarinya.

kadang2 aku sakitkan hati orang.
hanya kadang2 je aku senangkan hati semua.

kadang2 bila dah buat salah aku minta maaf.
kadang2 bila aku tak perasan aku buat salah, aku tak minta maaf.

ini bukan pasal salah menyalah.

aku


cuma


nak



ucap



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf jiwa raga.

aku lupa mana aku cilok gambar ni. maaf ye tuan punya..

090910

happy birthday abah! malas nak cerita panjang2. layan~

biar-fynn jamal

mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti



Sunday, September 5, 2010

termenung jauh

dalam dunia ni, (dunia ni atau dunia aku?) kadang2, kita rasa kita tak nak buat sesuatu perkara tu walaupun perkara tu untuk senangkan hati semua orang. yang paling bengkek, kita tak boleh lari kemana pun. 

kalau, kita mengiyakan perasaan taknak, memang gila. silap2 sakit jiwa. 
yang sebaiknya, atau ini cara aku yang bila dah tak boleh nak buat apa dah.

aku duduk sorang2. luahkan perasaan pada kawan baik atau sesiapa saja yang sudi pinjam telinga dengar keluh rintih aku. tanya pendapat orang lain. nilai tafsir setiap sesuatu yang baik disebaliknya sebab kalau aku asyik dok fikir yang buruk je, sampai mati pun tak settle. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

aku bukan nak jadi alim terlebih pandai okeh?

redha je. aku anggap perkara tu sebahagian dari perjalanan hidup aku yang memang dah ditentukan sebelum aku keluar dari perut mak lagi.

ikhlas. aku cuba ikhlaskan diri untuk kebaikan orang disekeliling aku walau tak ada seorang pun antara mereka yang pedulikan aku. setiap kebaikan tu dibalas juga dengan kebaikan. 

memang sifat perempuan kot (atau aku je camtu?). selagi tak ditunjuk, selagi tulah kita rasa orang tak sayanglah, tak ambil beratlah, tak itulah, tak inilah.

dulu aku selalu ingat abah tak peduli pasal aku, abah tak sayang aku, abah lebihkan anak yang satu tu, sebab dia pandai dan aku ni bodoh dungu. aku buat yang terbaik untuk menang hati abah tapi abah buat tak tau je.

bila aku demam kura2 atau pening2, dia suruh aku bangun, mandi air sejuk pagi2 buta dan pergi sekolah. sangka aku, abah tak kesiankan aku. bila anak kesayangan pening lalat dan guna taktik sakit-perut-tak-nak-pergi-sekolah, abah bagi je ponteng! yang sebenarnya, memang pun dia sakit. aku je yang dengki sebab dia tak sekolah! huhuhu...

bila dah besar panjang dan boleh berfikir guna logik akal, baru aku sedar, yang sebenarnya, sayang tu tak semestinya kita kena ucap. abah besarkan aku, bagi aku makan-pakai-tempat tinggal-duit belanja (walaupun aku selalu rasa abah kedekut sikit), tu maknanya dia sayang semua anak2 dia. pengorbanan abah, diambil kira sebelum roh aku ditiupkan ke dalam jasad lagi. jadi, tak adillah untuk aku kira pengorbanan aku pada abah dan mak sekarang.

sebenarnya, apa yang kita tak nak buat tu, in the end, akan mendatangkan kebaikan pada kita. Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Pengadun. Dia tahulah apa yang baik, apa yang tak baik untuk kita.
"Allah tidak akan memberikan beban (taklif) kepada seseorang di luar batas kemampuannya." (Al-Baqarah: 286)



guguuuu gagaaa

dua tiga hari ni, aku asyik fikir pasal mimpi aku.

ada sorang perempuan datang dengan menggendong baby. bukan 1, bukan 2 tapi EMPAT! ye. empat. situasinya, aku tengah bersiap2 nak masak dekat dapur. perempuan ni masuk, serahkan baby pada orang2 yang ada kat situ. dia kata, siapa yang dapat baby tu, maknanya dia dah register untuk program realiti 'how to raise a child'.

yang peliknya, kesemua baby tu macam anak negro. besar, walau baru 2-3 bulan. anak orang susah atau bayi yang terbuang. masa perempuan tu bagi kat aku, aku terkejut tengok! mak aihh! tapi bila baby tu start buat muka comel, aku terus cair. siap agah2 baby tu sambil cakap, "alolololo, anak mama!" dan dia senyum buka mulut bila diagah. sejak tu aku terus rasa nak jaga. bukan sebab program tu, tapi sebab baby itu sangat charming oh!

aku tanya lah seseorang yang aku tau dia pun dapat baby dari perempuan tadi. 

"mana baby awak?"

dia jawab, "dah bagi balik. malas lah. banyak kerja."

kebetulan, orang tu adalah bos aku yang bekerja sama2 dekat dapur.

aku try google tafsir mimpi.
kalau mengikut tafsir, aku akan dapat rezeki dalam masa terdekat nih.

insya-Allah.

oh ye. dia ialah baby boy. i loike!