pagi itu, pagi sabtu. bukan seperti hari2 bekerja biasa. aku bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja agak lewat sikit.
sebenarnya, takde la wajib pun untuk datang kerja pada hari sabtu. cuma aku perlu selesaikan kerja2 yang masih belum selesai.
hajat dihati mahu bersarapan dulu. tapi entah kenapa tak tergerak kaki untuk ke kedai makan.
hendak dijadikan cerita, aku lupa mesej kawan untuk tumpang dia ke tempat kerja. apa lagi, jalan kaki la aku. lagipun dah lama aku tak jalan kaki. boleh lah exercise sikit. tempat kerja tak jauh. cuma 10-15 minit je jalan kaki. *yang sebenarnya, ayat pujuk hati yang malas nak jalan kaki*
sambil berjalan aku berangan la. berangan tu, berangan ni. berangan macam mana aku nak sampai tempat kerja tanpa kenderaan tapi cepat sampai.
sampaila dekat satu kawasan kilang kosong tapi ada pak guard jaga. jarak dengan tempat kerja hanya lebih kurang 100 meter. dekat halaman kilang ni ada sangkar anjing. selalunya, anjing dalam sangkar tu dok menyalak bila nampak aku. aku pun sengih2 dan bagi salam kat
beliau.
tapi hari tu, takde pula aku nampak anjing. agaknya pak guard kilang tu lepaskan anjing tu gamaknya.
aku pun berjalan dengan riang ria. sampai kat pintu pagar kilang, aku nampak kelibat anjing tapi bukan anjing yang selalu sapa aku. anjing tu tengah tidur kot. tahla aku tak tau apa dia buat tapi anjing tu duduk diam2 je kat situ.
dalam hati aku kata 'kool..kool..buat bodoh. jalan je.'
dalam aku buat2 kool lalu sebelah anjing tu..
TIBA-TIBA
WOOuuFff wOOouuff
sekali dia berbunyi daaaaa!!
tak semena2 aku panik dan menjerit. dan lariiiiiiii!!!!!
dalam hati aku berserah je la kalau anjing tu nak kejar aku ke apa. masa berlari tu rasa macam tak lari je. macam lari dalam mimpi. tak bergerak langsung!
ya Allah! mati la aku. boleh pulak aku ingat aku kena gigit pastu masuk hospital, dan jadi bualan hangat sampai masuk paper weyh! (tak klaka okeh?)
alhamdulillah. bila aku lari, anjing tu tak kejar. nasib baik pak guard kilang tu ada. kat sebelah kilang tu ada jugak kilang. ada ramaiiii sangat pekerja kilang dok bersidai kat luar kilang tersebut.
maluuuuu!!! aku rasa macam nak buat2 pengsan kat situ jugak totakkk!? biar hilang semua rasa malu tak tau nak letak muka kat mana dah!
pak guard tu yang kool kan anjing. aku pandang anjing tu balik. rupanya ada 3 ekor lagi anjing yang keluar ikut menyalak. waaaaaaaaaa!!! nasib baik tak kena ligan! kalau tak, ......(sila sambung ayat ini)
lepas tu, ada dua tiga orang pekerja kilang suruh berhenti rileks dulu. tapi terima kasih je lah. aku rela sambung jalan dari duduk situ rasa macam dah takde muka sebenar aku!
sampai je kat tempat kerja, aku jadi blur sangat2. aku nak nangis tapi aku tahan. aku cakapla aku kena kejar anjing kat kawan2.
depa boleh bantai gelakkkk! DAMN!!!
'
p.s: mungkin masa aku lalu sebelah anjing tu, aku tak bagi salam kot! -.-'