Tuesday, November 30, 2010

beautiful blogger award


award beautiful blogger? hikhikhik. malu. awesome ye belog saya ni? malu lagi..

1) Thanks the person who gave you this award and the link of the person 
terima kasih daun keladi, kepada apple sweet di atas penganugerahan ini. 

2) Spread the award to 15 blogger who you like and you think their blogs are awesome
Lya' (muahahahaha)


p.s: Beauty lies in the eyes of the beholder  



award 57th - 126th followers from shagcomot



award ni shag yang bagi. stylo gila banner award ni. terima kasih shag!!!!!!

untuk melengkapkan contest ini, aku kena lah jawab beberapa cepukemas (memang saja eja gini) yang shag bagi.

Nama penuh anda dan nama panggilan blogger anda.
Cekla. sayecekla.

Kenapa jadi pengikut belog ini [shagcomot]?
untuk memeriahkan dunia blog. 

 
Apa kekurangan belog ini [shagcomot]?
saya tak tahu apa yang kurangnya. takde lah kotnya. 

 
Apa pula kelebihan belog ini [shagcomot]?
sangat suka pada kesimple-an template dan susun atur, senang loading pulak tu. salah satu kriteria saya menyukai blog itu ialah cepat loading, tak sarat dengan widget. dan blog shag adalah salah satu daripadanya. 
selain tu, shag ada segmen terjah follower. menarik sangat!

oh! yang bestnya award shag ni, dia khaskan untuk follower dia saja! followers dia ada hak exclusive-lah kalau macam tu!. terma kasih! ^_^


freedom writers and sophisticated girl tag

taggg taggg tagggg...~ ni nak sekali harung kan tag. 


tag yang pertama dari FREEDOM WRITERS. cekla dah buat dah tag tu. cuma soalan kat bawah ni cekla jawab. yang selebihnya, klik sini.

Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang?
Freedom Writers
-blog dia so blue.. nice.
-mengajar bahasa dusun. tak caya? cekla reti bahasa dusun selepas skodeng2 blog dia. 'oupus oku dika'. dah cakap dah. cekla reti...reti taip ye!
-pergilah terjah laju2 blog dia!

-----------------------------------------------------------------------------


R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


tag 25 orang????? rajinkah cekla ni nak mengetag reramai camtu? ok2 cekla cuba ye yaty..~

25 random things about Cekla
1. panggil cekla je. nama penuh hanya untuk urusan rasmi.
2. kaklong yang kadang2 kena buli dengan adik2.
3. hobi berangan depan cermin.
4. semua barang yang aku ada, mempunyai nama, contoh, laptop = carol.
5. tak reti memandu kereta mahupun motor, bila nak pergi belajar driving pun tak tahulah.
6. akan menangis kalau geram sangat2.
7. agak boros berbelanja walaupun bukan anak orang berada.
8. sangat suka warna putih, merah, hijau dan pink.
9. paling suka makan...dan tidur.
10. pelupa. haihh. muda2 lagi dah pelupa.
11. jangan ajak berdiskusi sebab senang sangat lupa perkara pokok.
12. gila irc masa sekolah dulu.
13. teringin nak pijak2 atas snow.
14. orang kata aku manja dan tak pernah orang sangka aku anak sulung.
15. suka pada sesuatu yang orang tak pernah buat. normal is boring!
16. pernah jadi goalkeeper untuk pasukan hoki bawah 14tahun. wakil sekolah je yang termampu.
17. seorang yang agak skema masa sekolah dulu. bukan nerd ye!
18. kadang2 cakap lepas tanpa disedari. oh, bukan aku sengaja tau!
19. tak reti ber'make-up'. pakai lipstik je reti.
20. sukaaaa sangan double cheese burger mcd. boleh makan sampai 2.
21. tak suka apa2 jenis tomyam pun.
22. mula kenal chord gitar dari seorang housemate cantik nama regina robert.
23. sangat2 pemalu.
24. becok hanya dengan orang2 yang dah lama kenal dan bersua muka.
25. sangat fobia dengan ombak. rasa macam ombak tu nak telan aku!

nak tahu lagi? klik sini.

tag 25 orang.
tag semua yang baca tag ni! muahahahaha!

Monday, November 29, 2010

best follower from mamat tu


puas mengupload gambar ni. server rejected, kata blogger.com. mungkin lah kot sebab bb akan semput sikit time hujan macam ni.

terima kasih ye luahan hati si pencinta matika ni. dia bagi award kepada 90 followers dia dan link kan satu2. rajinnya dia!!! cekla pun tak serajin tu.

apa pun, terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah award lagi! hehehehe..

pergilah usha blog dia! 

untung2 kena tag jugak. mana tahu kan?


nah! header untuk qila

dah 2 hari blog ni sepi. terima kasih ye kepada sesiapa yang sudi melawat, komen dan follow. 

hari sabtu tu pergi memancing. muka dah naik lebam sebab berjemur. memang saja nak sun tan kan muka ni. well, kene lah optimis sikit. siapa tak kuciwa dek kulit wajah semakin gelap? huhuhu...


berbalik pada tujuan entri ini. bukan saja2 letak gambar kat atas tu tapi nak join contest HEADER UNTUK QILA. siapa yang nak join, sila patuhi syarat sah dan wajib berkenaan kerana hadiah yang disponsor oleh ETERNITY HIJJAB sangat2lah menarik.

1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
1 Hadiah kedua : Shawl Cotton bernilai RM12
1 Hadiah ketiga : Shawl Chiffon bernilai RM10
2 Hadiah saguhati : Inner bernilai RM8/satu

opppss.. korang cepat2 lah join sebab tarikh tutup pada 12 disember ni ye.

untuk melayakkan diri join contest ni korang mestilah:

1. jadi follower blog Qila.

2. design satu header untuk Qila.

3. Buat satu entri mengenai segmen yang bertajuk "Header Untuk Qila". Letakkan banner pada entri tersebut dan link kan terus kepada entri contest ni di blog Qila.

4. Header tu mesti dan wajib menggunakan gambar yang kat atas ni ye.


5. Letakkan banner di side bar blog korang dan link back ke entri contest ni di blog Qila.

senang bukan?

ni dia header untuk qila daripada cekla.



boleh ke camni qila?


Saturday, November 27, 2010

percubaan p0st entri menggunakan sms. cekla sedang berjemur. memancing dari jam 7 pagi. sudah penat. tapi belum mahu pulang. :-|

Friday, November 26, 2010

cara buat button show hide (buka tutup) pada posting *updated*

quick entri. apezs minta tolong ajarkan macam mana nak buat show and hide button pada posting. maaf, cekla tak reti nak ajar. ni cekla nak share je. harap2 menjadi lah ye?

sangat berguna untuk entri2 yang panjang berjela2. takde nampak sarat sangat.

copy dan paste kod dibawah ini pada Edit HTML Post Editor korang.

<div id="spoiler" style="display:none">

letakkan kandungan yang hendak disembunyikan disini

</div>
<button title="Click to show/hide content" type="button" onclick="if(document.getElementById('spoiler') .style.display=='none') {document.getElementById('spoiler') .style.display=''}else{document.getElementById('spoiler') .style.display='none'}">Buka/Tutup</button>

tukarkan teks Buka/Tutup mengikut kesukaan korang ye.

kalau nak letak gambar, paste KOD gambar dari Edit HTML post editor pada bahagian tulisan berwarna merah tu ye.

klik gambar untuk lihat contoh


good luck!


sumber: teknikbuatblog

stop child abuse

suara anak kecil



kepada ibu bapa sekalian. anak merupakan anugerah tuhan. jangan mensia-siakan amanah tuhan ini. mereka juga, manusia. punya hati dan perasaan. sayangi anak-anak anda. ajarkan mereka dengan cara yang elok dan betul.

jom angkat tangan! hentikan apa jua bentuk penderaan kanak-kanak.


unicef


Rapunzel: A Tangled Tale Movie Review


cik puan abby, jangan lah denda pumping 100 kali, tak larat tu. hehehe. lain kali kalau ditakdirkan kita ke event yang sama, cekla tegur, k?

Rapunzel: ATangled Tale dari Walt Disney Pictures, aku dah expect yang terbaik daripada setiap filem animasi WD ni. bukan nak bodek sebab dapat tiket free okeh??

tak reti mereview panjang. kalau siapa suka cerita animation dari WD atau cerita2 dongeng puteri raja (Snow White, Cinderella, Sleeping Beauty) memang patut pergilah.

para ibu bapa sekalian, cekla rekemen kan filem wajib tonton bersama anak2 anda. dengan adegan komedi yang confirm mencuit2 hati tu tambah2 character pun yang kelakar2! oh 3D animation lagi tu!

mengisahkan seorang puteri yang kecik2 lagi kena culik dari istana oleh seorang nenek tua yang mahu mengekalkan keremajaan beliau. ada sesuatu pada Rapunzel yang menyebabkan perempuan tu simpan dia tinggi atas menara. bila dah besar, dia teringin nak tengok dunia luar. dengan bantuan seorang pencuri, dia berjaya keluar dari menara. banyak halangan yang Rapunzel terpaksa tempuh, semata2 mahu melihat keajaiban bintang2 yang hanya muncul pada harijadinya sahaja.

nak tahu apa yang Rapunzel buat dengan rambut dia?


apabila ditanya mengenai cara melawan pencuri dia jawab,
'when it comes to intruders—and knocking them out—i highly recommend the frying pan. wery effective.'

terbaaeekkk!!!

Rapunzel ada seekor chameleon sangat comel dan boleh bertukar2 colour. -bertukar colour ye!

sangat overprotective punya gecko!


worldly wanted bandit flynn bertanggungjawab membawa Rapunzel keluar dari menara.



selebihnya?

if i had rapuzel's hair - cekla's version


p.s: thank you nuffnang, sekali lagi.

Thursday, November 25, 2010

tag cintan cintun dari bukan wartawan melodi

si wartawan melekatlekit ni memang favourite dia mengetag aku tau! pandai dia cari peluang nak korek2 rahsia aku. kalah wartawan melodi u, cik puan abbyfunny! 

apa pun, best ke smalam tengok wayang FREE(tak membawa makna apa2 tau)? pakai baju kaler purple kan? segan nak tegur. memang cekla amat segan dan pemalu orangnya. -_-' *sila muntah kalau annoyed!*

aku jawab tag dengan mode: 'menjawab soalan peperiksaan'.

Apa yang paling penting dalam hidup korang?
keluarga dan kerjaya dan orang2 yang aku sayang.

Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
entah, lupa dah.

Adakah korang bercinta sekarang?
erkk..ye.

Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
seumur hidup

Di mana korang akan jumpe kekasih korang?
somewhere

Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?
utopia.

Apakah nama penuh korang?
cekla.. memang tak penuh2!

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
emak ku!

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang?
tetttt. takde. eh. nak jumpa Rasulullah S.A.W, teringin nak tengok cahaya yang terpancar di wajah baginda.

Namakan tempat yang korang betul2 nak pergi?
tempat yang ada salji. the REAL salji. nak pegang, nak bau, nak rasa salji tu macam mana secara face 2 face. pernah pesan dekat kakak angkat yang ada kat kanada suruh bawak balik salji. last2, dia suruh aku guna mesin kisar abc buat salji. -_-'

Pilih salah satu.. peluk atau cium?
pelukan buat kita rasa comfort, dilindungi dan selamat.

5 lagu yang bermakna dalam hidup korang?
1. because u love me
2. truly
3. biar
4. cintamu mekar dihati
5. i dont wanna miss a thing

Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang?
kalah wartawan melodi.
kecil dan genit orangnya.
pengomen yang berjaya kat sini! hehehe!

5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?
1. supernova
2. kacak
3. carol
4. blackie
5. semua benda yang aku ada

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
22 march tahun lepas, someone buat surprise birthday party walaupun tak berapa nak surprise dekat redbox sunway pyramid dan berlanjutan sampai ke kedai mamak seksyen 13, s.a. first time sambut birthday dengan kek yang AKU PUNYA SORANG! gila kuasa kek betul!

5 blogger/followers yang korang nak tag?

cara membuat scroll box

mister linky's magical widget adalah salah satu widget yang dipasang pada blog ni untuk memudahkan pengunjung meninggalkan jejak tapak kasut mereka. kadang2, kalau mereka tinggal jejak pada shoutbox, aku mungkin akan terlepas pandang. bagi yang followers, ada segelintir saja profile mereka yang disertakan url blog.

bagi blogger yang agak newbie macam aku,(sebenarnya takdelah nak newbie sangat cuma baru nak aktif balik berblogging) aku tak tahu nak trace sesiapa tanpa url lengkap blog pada profile mereka. jadi, mister linky's adalah penyelesaian yang agak bagus juga.

masalah mister linky's ni timbul apabila list blog mula bertambah dengan jayanya dan menjadikan blog meleret2, serta meng'overshadow'kan entri2 lain. selain itu, aku rasa di dalam kasut lala ni dah jadi serabut.

jadi, dengan meletakkan scroll box pada widget tersebut, adalah jalan penyelesaian yang paling mudah aku ambil (sebab aku memang taknak letak/tambah pages).

bagi yang mengalami masalah yang sama, ini adalah solution buat anda juga!
------------------------------------------------------------------------------------------
1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

(kalau korang dah ada widget mister linky's ni, klik Edit pada HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)


2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kod widget mister linky's disini

</div> 


panduan
width: ubah mengikut lebar yang korang kehendaki 
height: ubah mengikut tinggi yang korang kehendaki


selamat mencuba!!!!


kids & baby photo contest




dua orang blogger iaitu lekatlekitgurl dan hatikuhatigetah telah menge-tag cekla masuk contest ni. terima kasih.

puas aku fikir nak cari gambar kat mana. belek2 folder lama, terjumpa lah gambar si comel ni. ye. memang aku panggil dia "comel" pun.



nama dia ahmad shahir irfan. umur 6 tahun. sebagai seorang budak lelaki, dia amat2lah nakal, hyperactive dan suka keluar rumah. dia cakap dia takde awek lagi tapi ramai budak perempuan sukaaaaa dekat dia.

he's one of my favourite nephew. walaupun dia nakal, main bola dalam rumah sampai pecah cermin almari, berangan nak jadi mat rempit junior, gangster dikalangan geng cilik taman perumahan, tapi hati nurani sangat lah lembut. 

buktinya, tengoklah dia boleh nak letak bunga kat telinga semata2 nak jaga hati sambil tarik perhatian sepupu perempuan dia yang baik hati gila dengan dia. kelakar aku tengok!

kalau orang makan, ingat kat dia atau bagi dia sikit gula2, dia akan ingat dan bagi makanan yang dia tengah makan walaupun makanan tu sikit ciput untuk dikongsi dua.

bila hari raya, orang lain dok menangis2 bermaaf-maafan, dia pun ikut nangis sama. nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman. hikhikhik!

makanan kegemaran dia ialah bontot(tongkeng) ayam. sebab tulah mulut dia tak reti diam walau sesaat pun. aku pernah suruh dia diam selama 30 minit. ya ALLAH, punyalah susah mulut dia untuk berhenti bercakap. dia memang tak bercakap. tapi dia menyanyi2 lagu favourite dia"yunk-wali band". memang banyak taman!
-------------------------------------------------------------------------------------------
sesiapa nak join contest ni, syaratnya tak susah mana pun. kacang goreng je! hadiah pun menarik. sangat2 menarik.

lazo diamond white gold earring

atau dalam bahasa malaysianya,

anting-anting emas putih dari lazo diamond.


1. mesti menjadi follower blog kedua penganjur --> http://sweetlikekisses.blogspot.com. Selepas ini pemenang akan di umum di blog barunya.

2. mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang. dan bila telah tag, mesti inform pada kawan yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar blog.

4. mesti sertakan satu gambar. tidak kisah gambar zaman baby, zaman budak budak, gambar adik anda,gambar anak, gambar anak saudara.

5. hantar link entry didalam kotak komen entry contest ini.

6. mesti mulakan title entry dengan nama contest
"kids & baby photo contest".

7. wajib diberitahu di dalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

cepat! sebab tarikh tutup pada 30 november 2010 ni. dah nak dekat dah tu.


tetapi terpulang pada pihak penganjur jika hendak menamatkan tarikh lebih awal.

so be alert ye!


aku tag ni. hamekkk korang!!!



Tuesday, November 23, 2010

badang II


ini badang. 
dia jantan. bukan gay. 
liuk lentok tangannya menandakan 
dia sedang diulit mimpi makan ikan tuna 10kg. 

aku tahu lah.


dia baru telepathy tadi.


Monday, November 22, 2010

HATIKUHATIGETAH GIVEAWAY


JOM JOIN HATIKUHATIGETAH GIVEAWAY

terasa best plak join GiveAway. nampak cikhatikuhatigetah buat GA juga, teringin nak join. 

saya rasa saya dah patuhi syarat wajib dan sah melastik yang cikhatikuhatigetah tetapkan tu. dan terakhir sekali terimalah slogan saya yang berbunyi, 

"hati ku hati riang ria bersama ribena sebab suka suki hati akulah." *intro macam nak nyanyi je.*

saya tag hati korang2 ni terutamanya,



sesiapa yang rasa2 nak join dan reka slogan seperti diatas, sila ikut syarat2 dibawah ni ye tak pun, klik je kat sini

1. wajib jadi FOLLOWER hatikuhatigetah, yang dah jadi follower pon boleh join :-)

2. wajib letak Banner kat atas tuh kat SIDEBAR korang.

3. reka lah SLOGAN sikit.. " Hati ku hati....(tak lebih dari 12 patah perkataan) " **contohnya : hati ku hati maggi sebab aku suka makan maggi.**

4. boleh TAG member-member, ramai lagi best kan !!

tarikh tutup 30 November ini. penganjur akan mempromosikan slogan anda dari blog ke blog tau. jangan taktahu~!!

p.s: sekian terima kasih. cikhatikuhatigetah dah boleh lastik ke?

Sunday, November 21, 2010

SAHABAT BLOGGER GIVEAWAY



first GiveAway yang pernah aku join dan first GiveAway yang LM anjurkan. wah! kadang2 first time itu sangat best! 

terima kasih akak LadyZuL yang memperkenalkannya pada saya ye. mari sama2 berempit dalam GiveAway Sahabat Blogger ni. eh tak. salah. maksud saya compete kak.

bagi memenuhi syarat dan kriteria GA ni, cekla mahu tag 3 orang yang bertuah yang akan sama merempit, maaf, compete juga.


qilarazak (jom qila)


siapa yang rasa2 teringin nak join GIVEAWAY SAHABAT BLOGGER anjuran LM ni, senang je syarat2 nya.

1. peserta yg mempunyai blogspot luar dan dalam negara, asal ada blogspot tak kira dalam atau luar negara, boleh je join. *baru paham setelah tanya sendiri pada LM.*

2. jadi follower blog HIDUP ITU INDAH.   

3. copy dan paste gambar GA di atas ke entry dan sidebar berserta link - miza-zairi.blogspot.com

4. buat satu entri bertajuk "SAHABAT BLOGGER GIVEAWAY".

5. tag 3 orang sahabat blogger anda

6. tinggalkan link di ruangan comment entri SAHABAT BLOGGER GIVEAWAY blog HIDUP ITU INDAH.

Peringatan: tarih tutup penyertaan pada 12 december 2010. cepat2lah buat entri untuk dapatkan MAKEOVER BLOG dari EIJA DESIGN. make over tu!! teruja betullah!



susulan if i had rapunzel's hair

aku tak sangka, dalam beratus entri tu, aku antara yang terpilih menyaksikan tayangan perdana kisah dongeng yang dibikin semula untuk selera masa kini. tujuan aku, cuma suka2 dan kalau menang, itu sudah rezeki. rezeki ada dimana2 kalau kita cari. kalau kalah, bukan disitu bahagian kita.

blogger ini pernah tanya aku di shoutbox sama ada aku terima atau tidak pelawaan nuffnang ke tayangan perdana tersebut. dan2 tu juga aku usha entri dia. 

wowww! memang tak terfikirlah mahu buat entri macam dia. menarik. siapa pun akan dapat agak yang dia akan menang bila tengok entri tu.

akan tetapi, nuffnang tidak memberi sebarang maklum balas pun.

aku tak tahulah macam mana proses penilaian pihak nuffnang. aku rasa, mungkin nuffnang pilih secara rawak kalau ikut daripada point2 yang supia bagi kat blog dia. dan aku tak mahu berpihak pada sesiapa.

dear supia, i do understand your feeling after putting tonnes of effort on those awesome entry. belajar untuk terima apa saja yang datang dengan positif. ramai yang kagum dengan idea awak tu. saya rasa awak patut berbangga kerana ramai yang puji kreativiti awak. mungkin tuah awak bukan pada contest kali ini.
chilll, gurl!

award blog so cantik


terima kasih rieyana ynn sebab bagi award ni. cantikk ke di dalam kasut lala ni? hihihi.. rasanya banyak kekurangan lagi. walau apa pun terima kasih daun keladi rieyana ynn diatas penge'tag'an dan penghargaan anda. 

Berikan Satu NickName Untuk Saya.

Cekla je. Lala pun boleh. dah 2 dah tu.

Ucapan Pemberi Award.

dah ucap kat atas tu. pemberi award ni sangat comel. nak berkenalan dengan dia pergi lah blog dia dengan klik pada nama dia kat atas tu ye.

Berikan 6 Fav Artis/Group Yg Korang Minat.

Black (suara yang menggiurkan. *jangan ada yang termuntah baca ni sudah*)
Bront Palarae (betul ke ejaan ni?)
Jehan Miskin
Eminem
Johnny Depp
Debra Messing
ada lagi laaa....(*cekla dah mula syok sendiri*)

Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower...