Aku rasa lost gila.
Tapi aku tau aku tak hilang apa2.
Macam takde tempat nak tuju.
Padahal aku ada rumah.
Dan tak ada lampu2 neon yang bergerak pantas seperti dalam drama melayu;
memetaforakan orang yang hilang arah.
.
.
.
.
.
.
.
*lampu terpadam*
Ok fine.
Timing memang kena.
Sunday, December 15, 2013
Friday, December 6, 2013
Segala apa yang aku taip dalam blog ini adalah imaginasi yang aku cipta dalam kepala.
Jadi, tak semestinya ia melibatkan orang perseorangan yang aku kenal, melainkan ada tertulis disitu.
Sememangnya aku tidak peduli tentang misperception sesiapa yang terasa pedasnya tu.
Kalau tak buat, kau takkan terkesan.
Kalau kau kenal aku, kau takkan pertikai.
senang, bukan?

Gayat
Kauterlalu jauh untuk aku pegang. Terlalu tinggi untuk aku gapai.
Kapan kau akan tunduk ke bawah lalu memandang?
Tak gayat ke woii

Sunday, December 1, 2013
Ubah
"Mentang2 kau dah berubah, sebab tu la kau boleh cakap macam tu."
"Kau dulu sama je macam aku."
Feedback seorang hamba Allah bila aku bercakap mengenai perubahan.
Ye aku sedar aku dulu pun teruk. Boleh jadi dia pandang aku lagi teruk.
Atau mungkin aku kena padamkan memori dia tentang aku yang teruk dulu, baru dia boleh terima kot.
Entahlah. Tapi aku rasa tuhan nak tunjuk pada aku bagaimana bebalnya aku dulu apabila mendengar nasihat atau perkara yang baik.
Masuk telinga pun tak. Melekat di hati, lagi lah tak!

Saturday, November 30, 2013
Stay Away
Jgn ganggu mimpi aku hari2
kalau kau bukan berniat untuk
walaupun senyum padaku
di realiti.
Please
stay away from my dream.
kalau kau bukan berniat untuk
walaupun senyum padaku
di realiti.
Please
stay away from my dream.
Tuesday, November 19, 2013
Its All In My Head
Selagi aku tak tidur tak tutup mata, selagi tu otak aku berfikir.
sampai aku rasa penuh sarat kepala ni.
macam disumbat sesuatu dalam kepala.
padat-padat.
sampai aku rasa penuh sarat kepala ni.
macam disumbat sesuatu dalam kepala.
padat-padat.
Friday, November 8, 2013
Ranap I
perginya aku kerana aku tidak ada apa lagi untuk dipegang.
yang melepaskan kita dan segalanya tentang kita dulu adalah kau.
aku meminta-minta agar dipandang, didengar dan disayang.
selayaknya pengemis itu lebih beruntung dari aku kerana ada juga ehsan orang dibagi wang.
dan tika kau kunci mulut mata telinga deria aku untuk merasa;
baru aku sedar tempat aku berpijak bukan di situ lagi.
tulang belulangmu yang aku tampung dulu sudah cukup kuat untuk kau berlari;
tanpa aku.
cukuplah.
aku penat berlari berkejar sama kau.
cukuplah.
sampai bila kau mahu perah hati aku hingga kering?
[0112]

Tuesday, October 29, 2013
Makan
Ini kali pertama makan seorg di restoran setelah sekian lama.
Aku lebih rela tapau dari makan seorg di meja berkerusi empat atau dua.
Hari ini, terpaksa.
Aku memang hebat sembunyikan tangis di khalayak.
Tak pasal2 orang kata gila.
Aku tahankan saja airmata ini.
Kerana aku tahu ia akn turun laju.

Thursday, October 10, 2013
Sepi
Wednesday, October 9, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Gempa
Sekarang ni,
Gegaran hati aku dah cecah 5000 skala richter.
Jadi,
kalau kau tak pernah lagi tengok atau rasa gempa,
Cubalah dekat.
Cubalah.

Friday, October 4, 2013
Mimpi
mimpi ngeri.
sebelum tidur kau berharap kau tak akan bermimpi lagi mimpi yang sama.
dan seboleh boleh kau takmahu mimpi ngeri itu singgah di bila bila malam pun.
hanya kerana ngeri dan menakutkan dan seakan realiti.
samalah dengan percaya.
setelah kepercayaan aku kau robek2, apa kau fikir senang lagi untuk aku semata mata bagi?
sehingga aku tak mahu pun membelas ehsankan percaya aku pada kau.
hanya kerana sakit dan sengsara dan memang itu realiti.
aku tak terbeli dek muka gwiyomi, motosikal super berkuasa tinggi, mahupun gula2 kandi yang kau cuba janji.
yang pasti aku sudah tidak ambil peduli.
p.s: sedang cuba kawal marah. nyah syaitan..pergi main jauh2!

Thursday, October 3, 2013
Sempurna
Aku tahu aku belum sempurna
Sifat aku
Akhlak aku
Akidah aku
Iman aku
Segalanya masih ada lubang2 kosong dan ada antaranya tercarik robek
Aku bersyukur abah mak telah tunjukkan jalan ke arah kesempurnaan.
Pimpin aku untuk kenal kebaikan.
Tak pernah tinggalkan dan tak pernah bosan melayan.
Walau aku sedar sempurna itu masih jauh lagi untuk aku kejar.
Aku cuba.

Tuesday, September 3, 2013
Okbai
Terlampau banyak yang aku nak luahkan.
1. Pesanan arwah atok yang paling aku ingat adalah bersangka baik.
2. Setelah sekian lama, perasaan ni menjelma kembali.
3. Sesuatu yang kita inginkan kadang2 bukanlah apa yang kita perlukan. Aku lupa lagi tentang yang ini.
(dan setiap semuanya adalah perkara berbeza)
okbaiii

rindu
Sunday, August 18, 2013
Saturday, August 3, 2013
Ramadhan
Aku tak faham kenapa suddenly di bulan ramadhan ni manusia perlu berubah sikap.
Memang aku akui aku cukup tahu yang segala amalan pada bulan ini dilipatgandakan. Dan dibulan keampunan ini kita perlu bersikap baik dengan harapan perubahan yang dibuat kekal dalam diri.
Yang menjadi persoalan, adakah perubahan dan kebaikan yang hadir pada bulan yang istimewa ini, akan hilang pergi sepertimana perginya ramadhan?
Oh please dont get me wrong.
aku tak berniat pun nak mempersoalkan segala kelebihan dan keajaiban ramadhan.
ini adalah perihal manusia. Yang cuma jadi baik cuma hanya 1 bulan. Percakapan, gurauan, tingkah laku.
'tak boleh la boss. i tak ambil duit kopi. ini bulan puasa maaa..tak baik.u simpan next month la baru kasi i.'
bulan seterusnya bagaimana?
masih mahu menyalahkan syaitan untuk setiap khilaf kita.
ishhh.
malulah.
p.s: entri ni spatutnya dipublish bulan lepas. tapi aku tak tekan butang publish

Monday, July 1, 2013
dugaan
Saturday, June 29, 2013
diam
sejak dua menjak ni, aku tak pasti sama ada aku yang cepat terasa atau manusia sekeliling aku yang suka merajuk tak tentu pasal.
atau mungkin masing2 sudah keluarkan evil side mereka. makanya, sesedap rasa saja mengeluarkan kata2.
aku baru tahu yang lelaki paling kuat rajuknya. disebabkan sekecil2 perkara, dia sudah buat muka beku. ada aku kisah kalau kau nak berkecil hati pada aku pun?
kadang2, kalau kita terlampau baik, terlampau diam, terlampau tak melawan, orang akan senang2 pijak kepala.
memang elok sangat la bila mereka dok bercakap pasal jahat kita, maka kita diam.
diam maknanya tak mahu memanjangkan. aku diam cuma untuk tak sakitkan hati aku dengan perkara2 bodoh yang menampakkan lagi kebodohan diri.
aku berjaya! kerana diam tak bererti kita kalah.
sejam selepas dia mengadu domba dan menganjing aku dengan muka beku, dia mula mengendeng.
serius masa ni aku nak cakap kat dia, 'B***'!

Wednesday, June 19, 2013
putih
sekarang memang tengah hot produk2 pemutihan yang menjanjikan kulit putih kalau diminum.
****white la, ****white la. tah apa white lagi tah.
cara diorang menjalankan marketing dan promosi memang berkesan. meletakkan perbandingan gambar sebelum dan selepas penggunaan memang bijak. jelas dan nyata nampak KEPUTIHANnya. harga pun berpatutan mungkin sebab tu ramai orang cuba.
setakat ni, aku belum lagi terjebak untuk beli dan guna. bukan sebab aku rasa aku dah cukup putih. aku ada perasaan ragu2 tentang produk tu. yela, tak semua produk berkesan untuk setiap orang kan?
so, satu hari, seorang colleague yang agak obsess dengan pelbagai produk pemutihan di pasaran bercerita tentang produk yang dia guna, beli dan jual kat sorang lagi colleague.
aku macam biasa tak berapa nak ambil port sangat kalau topik tu aku tak berapa minat. aku diam dan sambung kerja.
dalam aku tengah dok diam, tiba-tiba dia tanya,
"cekla, hang taknak try ke ****white ni?"
"hmmm, takpela. buat masa ni tak nak lagi." -sambung balik kerja.
"aku bukannya apa. aku nak bagi hang cantik.
-atleast kalau mati nanti takdelah muka buruk sangat"
WTFish??? semua orang yang dengar gelak.
sabar. aku sabar.
gelak tak ikhlas.
fikir banyak lagi kerja.
petang tu,
dia mencanang lagi lawak dia pada semua yang kalau aku minum produk tu, bila mati nanti sekurang-kurangya takde la muka buruk.
dan seperti biasa orang akan gelak.
aku rasa aku tak boleh bersabar kerana sepanjang hari lawak itu yang aku dengar.
"ala ben, kalau dah mati nanti hang dengan aku confirm putih punyeee pakai KAIN KAPAN.
takde maknanya nak cantik masa tu!"
bunyi yang keluar selepas itu hanyalah bunyi
cengkerik.

Friday, April 19, 2013
budi
Aku tak kisah yang memberi itu mengungkit2 pemberiannya ke aku.
Aku tak peduli jika dia menuntut budinya dibalas balik
yang aku kisahkan dia mencanang SATU DUNIA tentang semua kebaikan dan segala apa dia telah taburkan.
abah kata biarlah. kita diam aje.
mak pesan, tak apa. biar orang buat pada kita asal kita jangan buat pada orang.
demm. aku takleh jadi baik sangat aaaa.

Wednesday, March 27, 2013
Aku rasa rata2 manusia disekeliling aku menilai seseorang melalui paras rupa, walau diorang tak cakap, tapi aku nampak.
yang mereka nampak adalah perkara asas yang ditonjol melalui rupa.
kalau kau cantik, kau akan ditegur dulu oleh senior. kalau kau tak cantik, sama ada kau kena greet senior dulu atau kau memang takkan bercakap dengan senior. malah, kau akan dicop budak skema atau sombong.
Hey, ini bukan sekolah!
Kalau kau buat salah, oleh sebab kau cantik, kesalahan yang sebesar gajah pun akan dibiarkan seperti angin lalu. kalau muka tak berapa nak cantik, tak berapa pandai bodek senior, buat hal sendiri saja, bila kesalahan itu sebesar kutu kat rambut pun orang boleh nampak.
bukan setakat nampak. kau akan dihurungi dengan pertanyaan dan pelbagai pertuduhan.
Aku penat dengan mahkamah buatan persendirian dan manusia bertuhankan diri sendiri.

Tuesday, March 26, 2013
Buta
Aku tak tau apa sebenarnya ada dalam kepala manusia. yang bikin mereka seronok, susah sikit pun tak apa. kalau yang seronok itu, perkara yang baik tak pelah jugak!
Beribu2 duit mak ayah habis hantar pegi sekolah kasi pandai. tapi last2 benda bodohh juga yang dia buat!
Bila nafsu dah membalut hati, mata buta dan tak nampak yang duniawi ini tak seindah mana.

Monday, March 18, 2013
Thursday, March 14, 2013
Wednesday, March 13, 2013
Monday, March 11, 2013
Oh My Abah
terkesima aku.
perbualan aku dengan abah semalam betul2 buatkan aku terdiam.
aku buat2 kool, pandang ke luar tingkap kereta dan seperti acuh tak acuh. dalam hati ni tuhan saja yang tau.
betapa aku mahu putaran tayar kereta laju meluncur supaya cepat sampai ke destinasi. betapa aku hendakkan kereta2 dihadapan bergerak lebih laju lagi. betapa aku mahukan hujan lebat yang menyebabkan kesesakan kenderaan di lebuhraya yang satu ini berhenti.
dalam banyak2 masa, kenapa masa itu yang abah pilih untuk berbicara dengan aku.
arrrghhhh! sesak dengan keadaan jalan. sesak dengan apa yang abah cakapkan, walau aku tahu abah tidak berniat untuk buat aku berasa begitu.
'dengar tak long?' abah siku tangan aku. mungkin abah fikir aku mengelamun.
'hmmm.'aku sebenarnya tak tau apa yang dikeluarkan dari mulut ni.
'awak tu umur dah lanjut. kalau ada pasangan cepat2 bawa jumpa abah.'
oh my abah!

Labels:
abah,
buffered earning,
family,
hidup,
luahan,
merapu,
parenting guide,
personal,
routine
Tuesday, February 26, 2013
Wednesday, February 20, 2013
jaminan
nora danish bertanyakan pada adi putra;
"apa jaminan awak, kalau saya kahwin dengan awak, setia pada awak, patuh dan hormatkan awak?"
adi putra terkebil2 sambil menjawab, "saya akan mencintai awak sepenuh hati jiwa raga saya. takkan ada yang saya cintai selain awak."
nora danish cuma senyum. dia cuba bertanya lagi.
"apa jaminan awak untuk semua itu?"
"saya akan beri apa yang awak mahu"
dan untuk kali terakhirnya, nora danish bertanya soalan yang sama. kali ini, lama benar adi putra berfikir. yang sebetulnya dia kehilangan idea untuk menjawab soalan yang sama.
"saya cuma harapkan awak jawab Allah dan syurga."
TTTTT__TTTTT

Wednesday, February 6, 2013
Wednesday, January 23, 2013
kemana arah keyword anda?
sesekali aku check jugak account nuffnang. amat mengecewakan. tak bergerak langsung! caya laa!
tapi bukan tu je yang aku tengok. aku suka tengok dari mana datangnya unique visitor dan camne leh mereka tersesat masuk blog aku! bajet femes la tuh.. -.-'
surprisingly, (walau tak sesurprise mana pun) ramai yang mencari port memancing atau kelong di pulau ketam! waaaaa! rindunya nak pegi pulau ketam! tidur atas kelong yang terbuai2. nak memancing!
kepada kaki pancing yang baca entri ni dan nak ke pulau ketam, klik ---> trip to pulau ketam. aku nak komen banyak2, aku pun tak reti sangat. google je la apa yang patut! hahahaha!
yang kedua. ada jugak orang search pasal 'gitar warna pink'. sememangnya pink bukanlah warna kegemaran cekla. tapi itulah warna gitar cekla.
aku beli gitar tu kat old town pj. tapi ada satu hari tu, aku ternampak gitar gypsy rose jual kat music store dekat jalan silang (depan mydin, sebaris mcd, belakang kotaraya). harga pun lebih kurang je macam yang aku beli (dalam rm285). sekali dengan strap, beg gitar, dan DVD dan sticker.
nak tengok design gypsy rose yang lain? klik ---> gypsy rose atau google je senang.

klik gambar untuk info
Monday, January 21, 2013
ligan
pagi itu, pagi sabtu. bukan seperti hari2 bekerja biasa. aku bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja agak lewat sikit.
sebenarnya, takde la wajib pun untuk datang kerja pada hari sabtu. cuma aku perlu selesaikan kerja2 yang masih belum selesai.
hajat dihati mahu bersarapan dulu. tapi entah kenapa tak tergerak kaki untuk ke kedai makan.
hendak dijadikan cerita, aku lupa mesej kawan untuk tumpang dia ke tempat kerja. apa lagi, jalan kaki la aku. lagipun dah lama aku tak jalan kaki. boleh lah exercise sikit. tempat kerja tak jauh. cuma 10-15 minit je jalan kaki. *yang sebenarnya, ayat pujuk hati yang malas nak jalan kaki*
sambil berjalan aku berangan la. berangan tu, berangan ni. berangan macam mana aku nak sampai tempat kerja tanpa kenderaan tapi cepat sampai.
sampaila dekat satu kawasan kilang kosong tapi ada pak guard jaga. jarak dengan tempat kerja hanya lebih kurang 100 meter. dekat halaman kilang ni ada sangkar anjing. selalunya, anjing dalam sangkar tu dok menyalak bila nampak aku. aku pun sengih2 dan bagi salam kat beliau.
tapi hari tu, takde pula aku nampak anjing. agaknya pak guard kilang tu lepaskan anjing tu gamaknya.
aku pun berjalan dengan riang ria. sampai kat pintu pagar kilang, aku nampak kelibat anjing tapi bukan anjing yang selalu sapa aku. anjing tu tengah tidur kot. tahla aku tak tau apa dia buat tapi anjing tu duduk diam2 je kat situ.
dalam hati aku kata 'kool..kool..buat bodoh. jalan je.'
dalam aku buat2 kool lalu sebelah anjing tu..
TIBA-TIBA
WOOuuFff wOOouuff
sekali dia berbunyi daaaaa!!
tak semena2 aku panik dan menjerit. dan lariiiiiiii!!!!!
dalam hati aku berserah je la kalau anjing tu nak kejar aku ke apa. masa berlari tu rasa macam tak lari je. macam lari dalam mimpi. tak bergerak langsung!
ya Allah! mati la aku. boleh pulak aku ingat aku kena gigit pastu masuk hospital, dan jadi bualan hangat sampai masuk paper weyh! (tak klaka okeh?)
alhamdulillah. bila aku lari, anjing tu tak kejar. nasib baik pak guard kilang tu ada. kat sebelah kilang tu ada jugak kilang. ada ramaiiii sangat pekerja kilang dok bersidai kat luar kilang tersebut.
maluuuuu!!! aku rasa macam nak buat2 pengsan kat situ jugak totakkk!? biar hilang semua rasa malu tak tau nak letak muka kat mana dah!
pak guard tu yang kool kan anjing. aku pandang anjing tu balik. rupanya ada 3 ekor lagi anjing yang keluar ikut menyalak. waaaaaaaaaa!!! nasib baik tak kena ligan! kalau tak, ......(sila sambung ayat ini)
lepas tu, ada dua tiga orang pekerja kilang suruh berhenti rileks dulu. tapi terima kasih je lah. aku rela sambung jalan dari duduk situ rasa macam dah takde muka sebenar aku!
sampai je kat tempat kerja, aku jadi blur sangat2. aku nak nangis tapi aku tahan. aku cakapla aku kena kejar anjing kat kawan2.
depa boleh bantai gelakkkk! DAMN!!!
'
p.s: mungkin masa aku lalu sebelah anjing tu, aku tak bagi salam kot! -.-'
Tuesday, January 15, 2013
Wednesday, January 2, 2013
terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)